Selamat Tahun Baru 2018 Dari Yanalis Signature Skincare

Posted by pengurus 01/01/2018 0 Comment(s)

Selamat Tahun Baru 2018 Dari Yanalis Signature Skincare

 

 

Hai uolss!! Pagi ni sis menulis dengan penuh semangat sekali.. Azam tahun baru la katakan.. ^_^.. Serius tak perasan pejam celik pejam celik, tup tup dah masuk tahun 2018. Semalam, seharian kat kawasan JB ni hujan tau. Pagi ni pun masih lagi berterusan renyai-renyai. Sejuk je. Alhamdulillah.. Hujan tu kan membawa rezeki dari Allah. Jadi semoga itu petanda tahun ini, kita semua termasuk uolss yang baca blog ni juga dimurahkan rezeki... AAmmmiiinnn...

 

Tahun 2017 tahun yang agak mencabar buat sis. Dengan keadaan ekonomi yang tak tuntuang, sale macam biasa ada naik dan turun. Namun, sis syukur sangat ada team sales, team dropship dan team agen yang komited dengan aktiviti Yanalis.

 

 

Jadi, untuk tahun 2018 ni, kami di Yanalis dah merangka beberapa strategi dan promosi yang bakal dilangsungkan bagi meneruskan lagi penjenamaan Yanalis di peringkat Malaysia. Kita merangka untuk menggiatkan lagi aktiviti promosi (viral) jenama Yanalis Signature Skincare ni melalui medium social seperti Instagram, FB dan Youtube selain mencari beberapa blogger terkenal untuk buat review Yanalis di blog peribadi mereka

 

 

Plan ini di jangka akan membantu agen dan dropship kita untuk meningkatkan jualan mereka sebanyak 20-30% atau mungkin lebih dari sebelumnya.. Kita menerima maklum balas dari pihak dropship dan agen, mereka memerlukan promosi-promosi sebegitu untuk memudahkan mereka close sale.

 

 

Untuk uolss yang berminat nak sertai kami keluarga Yanalis di tahun baru 2018 ini, sis amat alu-alukan. Agen dan dropship akan dimasukkan dalam group khas yang mana kat grup tu, sis akan berkongsi tip-tip pemasaran yang boleh dilakukan secara percuma dan berbayar, cara promosi di Instagram supaya uols boleh reach lebih ramai prospek yang berminat dengan produk Yanalis.

 

 

Pada yang belum kenal apa itu Yanalis, kita merupakan jenama produk yang menjual dan mengedar produk yang berasaskan kecantikan dan kesihatan tau uolss.. Kat web sis ni (bahagian blog), uolss boleh baca tips-tips penjagaan kesihatan dan kecantikan yang sis ada share. Tips dan petua tersebut sis ada link kan dengan produk apa yang related dengan tips tu. So, uolss tak perlu pening-pening nak pilih produk yang mana bersesuaian dengan masalah kulit yang uolss hadapi.

 

 

Ok uolss.. Sis ada banyak tempat nak dikunjungi hari ini. Sis harap, uolss takkan jemu dengan celoteh-celoteh kat web ni nanti ok. Jangan segan untuk share link web sis ni kat wall uolss. Semoga apa yang dikongsikan dalam web ni dapat memberi manfaat pada orang lain.

 

Salam sayang dari sis untuk uolss... Selamat Tahun Baru 2018. Semoga tahun ini kita semua mencapai apa yang kita impikan dalam hidup... #muahciked #salamsayang

 

www.Yanalis.com

 

Leave a Comment