Ramuan Facial Mask Untuk Masalah Kulit Muka Kering

Posted by pengurus 03/01/2018 0 Comment(s)

Ramuan Facial Mask Untuk Masalah Kulit Muka Kering

 

Hai uolss.. Bertemu lagi untuk perkongsian kali ini. Harap uolss terus keep support sis dengan share petua yang dikongsikan dalam blog yanalis ni ke wall fb uolss ok..

 

 

Sebelum ini, uolss dah tahu cara menyediakan topeng muka untuk masalah kulit muka berminyak, kan? Baiklah.. Harini sis nak kongsikan petua atau ramuan untuk kulit muka yang kering pula. Berbeza dengan kulit berminyak, uolss yang berkulit kering ni memiliki liang pori-pori yang sangat kecil. Justeru, ramuan membuat topeng muka pun perlulah menggunakan bahan yang berlainan. Barulah "kena".

 


Bahan yang diperlukan untuk menyediakan topeng muka bagi uolss yang jenis kulit kering:


~ 2 biji buah aprikot


~ 2 sudu makan yogurt asli

 

 

Cara membuat facial mask untuk masalah kulit kering:

 


1. Potong kecil buah aprikot dan campurkannya dengan yogurt.

2. Kisar campuran tadi sampai halus.

3. Sapukan pada keseluruhan muka.

4. Biarkan ia kering dan menyerap ke kulit lebih kurang 30 - 45 minit.

5. Akhir sekali, bilas muka hingga bersih menggunakan air suam.

 


Petua ini juga boleh diamalkan sebulan sekali dengan teratur. Mudah-mudahan anda yang mengalami masalah kulit kering suka dengan petua ni yea.

 


Selamat Mencuba!

Leave a Comment