Ramuan Facial Mask Untuk Masalah Kulit Muka Berminyak

Posted by pengurus 02/01/2018 0 Comment(s)

Ramuan Facial Mask Untuk Masalah Kulit Muka Berminyak

 

 

Bagi uols yang kulit muka jenis berminyak, jerawat memang senang tumbuh. Liang pori-pori pun lebih besar. Selalunya akan nampak ketara pada bahagian pipi. Jadi, kita perlulah memberikan lebih perhatian terhadap penjagaannya. Salah satunya untuk mengatasi masalah kulit muka bermiyak ni dengan memakai topeng muka atau kita panggil masker muka yang uols boleh dibuat sendiri.


Berikut ramuan membuat topeng muka khusus untuk masalah kulit muka berminyak:


~ 1 biji telur

~ 1 sudu makan daun pudina

~ 1 sudu makan jus lemon

~ 1/2 biji timun telah yang dihiris

 

Facial mask yang berasaskan timun


Cara membuatnya:


1. Campurkan kesemua bahan dan kisar sampai halus.

2. Kemudian, masukkan bahan tadi dalam satu bekas.

3. Sejukkan ia dulu dalam peti ais.

4. Setelah itu, barulah sapukan ramuan tersebut ke seluruh muka.

5. Biarkan ia sekitar 30 minit.

6. Setelah kering, bilas muka dengan air suam sampai bersih.

7. Akhir sekali, bilas sekali lagi muka dengan air sejuk pula untuk mengecilkan pori-pori di muka.

Petua ini sebaik-baiknya kita amalkan dengan hanya memakainya sebulan sekali yea. Selamat Mencuba!

 

Bagi memudahkan anda, sis ada jual facial mask tau. Sesuai untuk semua jenis kulit. Boleh roger facial mask tersebut kat bawah entry ni ye.. Nama dia Yanalis Silky Whitening Protien Mask. Memang terbaik untuk uolss yang mementingkan penjagaan muka.

Leave a Comment