Produk Macam Tabita Tapi Lulus KKM Dan Buatan Malaysia - Yanalis Skincare

Posted by pengurus 17/03/2018 0 Comment(s)

Produk Macam Tabita Tapi Lulus KKM Dan Buatan Malaysia - Yanalis Skincare

 

Hai korang.. Terima kasih akak ucapkan sebab sudi singgah di blog akak yang tak seberapa ni.. Kat blog ni, akak nak share sikit pengalaman akak sebagai salah satu supplier tabita masa tabita mula bertapak di Malaysia satu masa dahulu dan perkenalkan sebuah produk yang konsep macam tabita, tapi akak gerenti lebih lembut, selamat dan ada kelulusan KKM.

 

 

Nama akak Hazean. Tapi kawan-kawan lebih selesa panggil nama akak sebagai Kak Yan. Korang pun kalau contact akak, panggil Kak Yan je pun boleh. Dahulu akak bekerja sebagai kakitangan kerajaan. Tapi bila dah mula berkecimpung dalam dunia perniagaan, Alhamdulillah hasil ye sangat memuaskan, akak pun minta izin suami untuk berhenti kerja dan sambung dalam bisnes.

 

 

Nak tahu bisnes apa yang akak buat masa tu? Akak salah seorang supplier besar Tabita Skin Care Original yang bawa masuk skincare tu direct dari Jakarta. Boleh katakan seminggu dalam 500 set akan sold out. Dan hampir setiap minggu jugaklah akak dan suami ke Jakarta untuk urusan borong tabita skincare ni. Akak share sikit gambar-gambar lama ni... Hehehe.. Kenangan semua ni..

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Penat weh... Serius memang penat.. Tapi sebab permintaan luar biasa, akak gagahkan juga dengan suami untuk teruskan bisnes ni.. Dalam masa yang sama, ada beberapa anak buah akak yang akak upah untuk kerja dengan akak untuk jadi pembantu semasa mengimport Tabita Skincare ni.. 

 

Dalam beg tu penuh dengan tabita tau.. Xde shopping ape pun.. Berat gilerr..

 

 

Dik.. Akak seorang yang betul-betul pentingkan kualiti. Tabita yang akak bawa akak jamin original. Siapa yang pernah berurusan dengan akak, mesti tak putus repeat order dan sampai sekarang ni masih ada yang nak akak bawa masuk tabita ni semula sebab dorang susah nak jumpa yang betul-betul original.

 

 

 

 

 

 

Sedara mara akak pun ramai yang suka guna Tabita.

 

 

Ada yang komplen dapat tabita yang krim dia dah hitam la, sabun ye tak best la.. Dan macam-macam lagi.. Haa.. 1 lagi isu... Ada dengar pasal Tabita dah tukar nama Desi Damayanti Skincare? Untuk makluman uols, Allahyarhamah Desi dahulu sama je macam akak.. Supplier juga.. Dia ada team sale ye sendiri. Bila sales dia down, dia pun buat jenama dia sendiri iaitu Desi Damayanti Skincare. Pastu dia claim semua tabita dalam pasaran ni adalah palsu atau tabita fake.

 

WTH.....

 

Tapi akak malas nak ulas isu ni panjang-panjang. Macam akak dah cakap tadi, siapa pernah beli tabita original dari akak, pasti tau beza tabita dan desi punya produk. Ada yang cakap, betul ke akak ni kenal betul dengan Desi ni? Dik.. Akak n suami akak pernah je jumpa dia masa hayat dia masih ada dengan suami dia Pak Tony.. Dorang selalu jugak minta akak supply krim tabita untuk set dorang. Tapi husben akak berkeras taknak supply pada dorang.

 

Ni Antara Gambar Kenangan Bersama Allahyarhamah Desi Damayanti Dan Suami Pak Tony

 

Akak akui produk Tabita ni bukan tak bagus. Sebab kalau korang set yang original, korang akan dapat hasil yang memuaskan. Cuma, ada sesetengah orang tak selesa guna tabita ni sebab ada kesan yang agak tajam dan kuat. Terutamanya bila berlaku pengelupasan.. Memang pedih dik.. 

 

Kenapa Akak Stop Jual Tabita?

 

Akak ingat lagi masa tu hari birthday akak. Sedih sangat haritu. Tak silap akak tahun 2013. Kecoh yang Tabita ni katanya masuk newspaper Berita Harian Singapore katanya tabita diharamkan disana. Masa tu, beratus-ratus wasap yang masuk bertanyakan akak hal tu. Masa tu la kecoh tanya pasal Tabita ni ada KKM atau tidak. Produk Indon dik.. Mana ada KKM ye.. Lagipun ni bukan produk akak.

 

Dari situ akak sedar. Kenapa akak tak buat produk sendiri yang konsep macam Tabita, buatan Malaysia dan ada kelulusan KKM. Dan akak pun mulai research kilang di Malaysia yang boleh buat produk mengikut kriteria yang akak nak. Disamping tu, akak pun join kursus aesthetic untuk mendalami ilmu berkaitan produk kecantikan dan produk yang macam mana sesuai untuk digunakan oleh wanita Asia ni.

 

Sebelum akak betul-betul jadi pengasas ni, akak memang standbykan ilmu di dada mengenai produk. Sebab akak tak nak jadi macam sesetengah pengasas produk yang hanya tahu buat produk, jual dan tak ambil kisah sesuai atau tak produk tu pada pengguna.

 

Alhamdulillah, berkat sokongan dari suami tersayang, pada tahun 2014, lahirlah sebuah produk seperti yang akak nak. Tapi masa tu akak belum pasarkan secara terbuka. Akak jual pada pengguna tabita yang pernah beli dari akak dan kawan-kawan akak terlebih dahulu untuk dapatkan feedback. Dalam masa yang sama, akak hantar sample untuk dapatkan kelulusan KKM.

 

Alhamdulillah, masa tu semua berjalan lancar. No NOT dah dapat dan packaging pun dah mula dilakukan. Rata-rata respon bagitau, Yanalis Skincare ni best sebab kesan dia lebih lembut pada kulit. Peeling / mengelupas pun halus-halus je. Akak rasa happy sangat sebab respon yang memberangsangkan dan mula buka peluang kepada sebagai agen dan dropship kepada mereka yang telah menggunakan produk Yanalis ni.

 

 

Yanalis Signature Skincare Di Ke Udara Di Radio 104.50 Best FM Johor.

 

Klik Butang Play Video Di Bawah:

 

 

Alhamdulillah, bermula April 2015, semuanya berjalan secara rasmi. Kita dah mula perkenalkan produk Yanalis Signature Skincare melalui pengiklanan di Radio Best FM dan juga sebagai penaja bersama Jelajah Best FM ketika itu.

 

Masa tu tagline, "Kejelitaan Memukau" tu menjadi antara buah mulut para pendengar BestFM.. Alhamdulillah sambutan amat menggalakkan. Selain pengiklanan di radio, agen-agen kita juga aktif buka booth di pameran-pameran jualan sekitar Johor.

 

 

 

 

 

 

 

Betul Ke Yanalis Signature Skincare Ni Ada Kelulusan KKM?

 

Sejak kita masuk pasaran secara rasmi pada tahun 2015, sekarang dah memasuki tahun 2018, Alhamdulillah produk Yanalis masih ada dalam list KKM beserta no NOT yang terkini. Korang kalau rajin, bolehlah buka laman web KKM Malaysia dan search nama Yanalis dalam tu..

 

Ok.. xpayah susah-susah.. Ni akak dah tolong senangkan kerja research korang. Tengok la screenshot kat bawah ni..

 

 

 

Ok.. Ada Testimoni Yanalis Ni Tak Kak? Nak Tahu Juga Apa Feedback Produk Ni..

 

Oh ye.. Betul jugakkan soalan korang tu. Mestilah nak tahu testimoni yang ada dari para pengguna Yanalis Signature Skincare ni kan.. Ni akak share sikit je okay.. Yang lain korang tengok je kat FB Official Yanalis. 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Siapa Yang Sesuai Guna Produk Yanalis Signature Skincare Ni Kak?

 

1) Korang yang risau kena produk fake.

- Antara isu yang banyak melanda Tabita sekarang adalah isu original dan fake. Kalau korang dapatkan Yanalis Skincare, akak gerenti korang akan dapat yang original. 

 

2) Korang yang cari produk yang selamat dan ada kelulusan KKM.

- Tabita takde KKM. Yanalis ada KKM dan lebih selamat. No KKM Yanalis korang semak balik kat atas tu.. ^_^

 

3) Korang yang takut pedih yang amat masa peeling / mengelupas.

- Risau rasa pedih yang amat semasa peeling macam pengguna Tabita? Gunalah Yanalis. Kesan dia lebih lembut. Mengelupas pun halus-halus.


4) Masalah jerawat tak surut-surut.

- Dari pelbagai testimoni dan feedback, kita dapat banyak respon yang jerawat mereka kecut selepas guna Yanalis. Cuma ada cepat, ada yang ambil masa. Kulit masing-masing kan tak sama.

 

5) Korang yang ada masalah kulit kusam.

- Yanalis dirumus khas dari formulasi akak sendiri. Sesuai untuk korang yang tona kulit tak sekata dan menjadikan kulit kusam korang lebih cerah. Yang penting, korang kena janji dengan akak akan guna secara konsisten. 

 

6) Lelaki yang mementingkan penjagaan muka.

- Ye betul.. Yanalis Skincare ni juga sesuai untuk kaum lelaki. Testimoni pun ada okeh.. So, korang yang lelaki, jangan segan silu untuk wasap akak untuk order.

 

7) Korang yang nak suami korang pandang korang dan cakap, WOW... KEJELITAAN MEMUKAU!

- Orang lelaki ni, suka wanita / isteri yang muka ye bersih dari sebarang make up, bedak-bedak ni. Kalau asyik tepek bedak 24 jam, rimas hokeh laki korang tu. Kenapa korang guna mekap atau bedak tebal-tebal ni? Sebab nak tutup bekas jerawat? Sebab nak tutup cela kat muka tu? Meh guna Yanalis Skincare serta Serum EGF Yanalis untuk kesan lebih optimum. Bila muka makin bersih, makin cerah, bayangkan bahagia ye laki korang bila dapat cubit pipi korang tu tanpa rasa lekit bedak. Best ke best?

 

 

Oklah.. Akak tak celoteh panjang lebar lagi. Orang cakap Rugi Tak Beli.. Beli Tak Rugi. Kita ada set trial dan set exclusive. Set Trial ni tahan  untuk sebulan. Set Exclusive pulak tahan untuk 4-5 bulan. Kalau tanya akak, set mana yang lebih berbaloi? Kalau korang pandai kira, jawapan korang pun akan sama dengan akak iaitu Set Exclusive. Sebab jimat dan tahan lama.

 

Tapi kalau nak cuba-cuba dulu Set Trial pun xde masalah. Nak Tahu Harga Istimewa Produk Yanalis Signature Skincare Ni? Cepat klik link wasap berikut:

 

 

 

Kalau korang nak guna skincare yang konsepnya macam Tabita, tapi ada kelulusan KKM, gunalah Yanalis Skincare. Buatlah pilihan yang bijak. Produk ni adalah hasil kajian dan formulasi akak sendiri selepas beberapa tahun menjadi supplier Tabita. InshaAllah, jangan segan wasap akak. Akak akan cuba respon sepantas yang akak mampu.

 

p/s: Sejak ada anak kecik ni, banyak masa habis untuk anak. So, kalau terlewat sikit reply tu, jangan ambil hati ye.

 

 

Leave a Comment