Pelancaran Laman Web Yanalis Terbaru

Posted by pengurus 01/12/2017 0 Comment(s)

Pelancaran Laman Web Terbaru Yanalis Signature Skincare

 

Selamat Datang ke Laman Web Yanalis Signature Skincare. Setelah dilancarkan laman web Yanalis iaitu www.Yanalis.com pada tahun 2014, pada ketika itu layout yang digunakan adalah layout yang agak ketinggalan dan tidak mobile responsive. Pada hari ini 1 Disember 2017 (Jumaat), kami melancarkan layout terbaru website Yanalis dengan paparan yang lebih kemas, mobile responsive serta lebih ringan ketika server load semua data dan gambar yang terdapat di laman web kami.

 

 

Pembelian Secara Online

 

Dengan fungsi terbaru yang dimasukkan dalam web kami iaitu shopping cart, para pelanggan boleh terus membeli secara online pada bila-bila masa sahaja. Mengikut keperluan semasa dan trend gaya hidup yang terkini, ramai orang lebih gemar membeli belah secara dalam talian (online) kerana teknologi kini memudahkan kehidupan seharian.

 

Anda hanya perlu memilih produk yang berkenan dihati anda, dan terus membuat pembayaran secara online walaupun pada jam 3 pagi! Penghantaran akan dibuat pada setiap hari untuk order yang dibuat sebelum jam 12pm kecuali pada hari Sabtu dan Cuti Umum. Pengeposan produk anda akan dibuat menggunakan khidmat kurier poslaju. ^_^

 

Susunan Produk Yang Lebih Kemas

 

Kami telah menyusun setiap produk mengikut kategori supaya anda lebih mudah untuk "window shopping" di laman web Yanalis yang terbaru ini.

 

 

 

Blog Untuk Perkongsian Dan Celoteh

 

Kami juga menambah ruang blog untuk kami berkongsi kepada anda aktiviti yang melibatkan Yanalis, tips-tips penjagaan kecantikan dan kesihatan, serta celoteh yang santai agar anda akan lebih seronok membaca konten yang terdapat di ruang blog kami. Jangan lupa untuk berkongsi kepada rakan-rakan anda ye. Link / pautan ke blog Yanalis adalah seperti berikut:

 

www.yanalis.com/blog

 

Kami akan cuba untuk update sekerap mungkin agar anda sentiasa mendapat info yang terkini. Selain itu, jemput juga untuk like page FaceBook kami iaitu:

Yanalis Signature Skincare Official - https://www.facebook.com/yssbeautybox/

 

Sebagai merasmikan pelancaran laman web terbaru Yanalis ini,

“Dengan nama Allah S.W.T, dengan memohon restu Allah s.w.t, dengan memohon rahmat Allah s.w.t dan dengan lafaz…

… Saya melancarkan laman web rasmi Yanalis pada hari ini.”

Puan Hazean Hazumi, Pengasas Yanalis Signature Skincare (1 Disember 2017 - Jumaat).

 

Leave a Comment