Penting Ke Guna Pelembab Muka?

Posted by pengurus 04/11/2018 0 Comment(s)

 

Pasti antara pembaca yang singgah di blog akak harini tak pernah amik port pun pasal pelembab muka. Atau mungkin baru nak ambil tahu kepentingan menggunakan pelembab muka ni. So, hari ini akak nak mengomel sikit mengenai betapa pentingnya penggunaan pelembab muka sebagai rutin penjagaan muka harian.

 


Banyak di antara kita yang menghabiskan banyak duit untuk beli barang-barang mekap. Dulu, akak sendiri pun banyak membazir beli mekap. Foundation / bb cream sahaja dah ada berapa jenis. Bukan apa, dengan memakai mekap kita rasa sangat cantik. Cuma sekarang akak cuma bermekap untuk event2 penting sahaja. Kebiasaannya akak lebih suka naked face. Sebab muka akan rasa lebih ringan tanpa mekap yang tebal-tebal tu.. 

 


Tapi kita tak sedar yang kecantikan semulajadi itulah yang lebih baik untuk kulit kita. Jangan terlalu obses dengan mekap sehingga mengabaikan penjagaan muka. 


Antara komponen penjagaan muka yang paling penting ialah PELEMBAP (mosturizer).

 

 

Tahukah anda, sebum merupakan Pelembab semulajadi Kulit!

 


Tapi jika kulit mampu menghasilkan minyak sendiri, mengapa kita masih perlu menambahkan pelembap kan? Untuk makluman korang, ketika mencuci wajah, lapisan minyak pada kulit sebenarnya ikut hilang. Keadaan ini juga membuat kulit mudah dijangkiti, serta lebih sensitif terhadap persekitaran.

 

Dengan membersihkan wajah menggunakan sabun lembut dan kemudian menerapkan lapisan pelembap, ianya dapat membantu menjaga kulit dari terhidrat dan mengekalkan kelembapan kulit muka.

 


Pelembap dapat membantu untuk mengekalkan kulit sihat dan mengekalkan keanjalan, yang semakin hilang apabila umur kita makin meningkat. Pada asasnya, tugas utama mosturizer / pelembab muka ini adalah mengunci kelembapan dalam sel-sel di wajah.

 


Fungsi Pelembap untuk Kulit

 


Segelintir orang memiliki kulit muka yang kering, sementara yang lain memiliki kulit berminyak. Beruntung bagi korang yang memiliki kulit “normal” seperti tidak kering atau berminyak. Kulit kering akan paling teruk jika korang tidak menggunakan pelembab. Kulit kering terjadi akibat kekurangan pengeluaran sebum oleh kulit.

 


Tanpa bantuan dari produk pelembap tambahan, kulit akan mula pecah-pecah, gatal dan mengelupas serta terasa  kemerahan. Muka juga akan kelihatan lebih tua sebelum waktunya dan menjadi lebih kasar. Bagi mereka yang memiliki kulit berminyak memiliki masalah yang berlawanan, kulit mereka menghasilkan terlalu banyak minyak.

 


Lebihan minyak akan menyebabkan jerawat dan penampilan berminyak, sehingga memerlukan sabun lebih kuat untuk mengurangkan lebihan minyak di wajah.

 

 

Kurangnya penggunaan pelembap juga akan memiliki kesan yang sama pada kulit normal juga, meskipun pada kuantiti yang lebih rendah. Itu sebab, pentingnya penggunaan pelembap muka, selama 3 minit selepas mandi atau mencuci muka.
 

 

TIPS #1 : Jika anda mempunyai kulit yang kering dan mahu mosturizer anda berkesan, sapulah mosturizer betul-betul lepas anda mandi. Sebaiknya selepas mencuci muka. Ini kerana selepas mandi liang roma terbuka dan mosturizer akan diserap dengan lebih mudah.

 

TIPS #2 : Jika anda ingin memilih pelembap yang bagus, pilih pelembap yang mempunyai aroma lembut yang menarik minat anda, kulit anda rasa bagus bila memakainya dan yang penting sekali tidak meninggalkan sisa-sisa berminyak pada kulit anda.

 

TIPS #3 : pelembap yang berkualiti tidak akan merengsakan (kesan sakit / pedih) kulit anda dan tidak buat kulit anda rasa panas / terbakar.

  

TIPS #4 : Bagi mereka yang mempunyai kulit berminyak yang teruk atau mudah dinaiki jerawat mungkin harus mengelakkan daripada menggunakan pelembap


 

Untuk info tambahan, orang yang kulit dah sedia berminyak dan berjerawat disarankan agar tidak menggunakan mosturizer sebab fungsi mosturizer ni untuk melembapkan lagi kulit dan membantu pengeluaran minyak yang secukupnya sekadar yang diperlukan kulit. Kalau kulit yang dah sedia berminyak pakai mosturizer, nanti pengeluaran minyak berlebihan pulak untuk kulit muka dan menambahkan lagi masalah jerawat dan juga blackhead.


Oh ya.. Ada pakar kecantikan memberi saranan supaya kita menggunakan pelembap muka dan badan secara berasingan. Contohnya, kalau korang beli body mosturizer, jangan guna untuk muka sekali. Sebaiknya beli pelembap yang khas untuk muka.


Ini kerana pelembap untuk muka dirumus dengan bahan-bahan yang lembut sebab kulit muka kita ni lembut dan sensitif. Korang boleh jugak beli mosturizer yang mengandungi SPF untuk perlindungan dari cahaya matahari. Ada jugak mosturizer yang mengandungi vitamin E yang boleh melawan kedutan di wajah.

 

Oh ye, bagi yang suka menggunakan foundation tu, akak sangat-sangat suggest untuk korang apply moisturizer dahulu sebelum guna foundation tu. Akak gerenti, korang akan dapat rasakan perbezaannya nanti. Selain muka lebih glowing, foundation tu akan kekal lebih lama dan rasa lembut je kat muka.

 

Jadi, bagi yang berminat atau tengah baru mencari moisturizer untuk muka korang tu, kami di yanalis ada mengeluarkan whitening moisturizer sekarang ni.

 

 

Fungsi pelembab ini ianya memberikan kesan cerah dan lembap yang sangat diperlukan oleh kulit. Kulit wajah akan kekal rasa tegang, lembut dan halus. Jom tengok video kat bawah ni:

 

 
 
 
Kat Bawah Ni Review Dari Salah Seorang Pengguna Yanalis Yang Sangat Setia Dari Dulu Lagi Yanalis Masuk Pasaran:
 
 
Berminat nak dapatkan info lebih lanjut, terus wasap akak dengan klik je link kat bawah ni.. Akan terus masuk ke wasap akak:
 

Leave a Comment