4 Cara Mengatasi Bibir Pecah

Posted by pengurus 15/05/2018 0 Comment(s)
 

Bibir kering atau bibir pecah sering membuatkan seseorang tidak selesa. Bagaimana boleh terjadinya bibir kering atau pecah ? Mungkin disebabkan keadaan cuaca yang panas, kurang minum air dan lain-lain. Kalau bibir kering nak pakai lipstick pun tak nampak berseri sebab kadang-kadang warna lipstick tak sekata.

 

Ada beberapa cara mengatasi masalah bibir pecah yang boleh anda lakukan, diantarnya adalah seperti berikut :

 

1. GULA PERANG

 

  • Campurkan 2 sudu gula perang & 1 sudu madu. Sapukan pada bibir dan biarkan selama beberapa minit.
  • Gosokkan campuran tadi pada bibir secara perlahan untuk membuang sel-sel kulit yang telah mati.
  • Basuh dengan menggunakan air suam

 

2. MADU

 

  • Sapukan madu pada bibir yang pecah beberapa kali sehari
  • Pakai sebelum tidur untuk mendapatkan bibir yang lebih lembut pada keesokan paginya

 

3. KELOPAK BUNGA ROS

 

  • Bilas kelopak bunga rose dengan air kemudian rendamkannya ke dalam susu untuk beberapa jam.
  • Hancurkan kelopak bunga rose sehingga lumat.
  • Pakai pada bibir yang kering 2 hingga 3 kali sehari & pada waktu malam sebelum tidur.

 

4. MINYAK KELAPA

 

  • Minyak kelapa adalah bahan pelembap semula jadi yang dapat mengatasi bibir pecah yang disebabkan oleh cuaca yang sejuk dan kering
  • Sapukan minyak kelapa pada bibir beberapa kali sehari untuk memastikannya sentiasa lembap. Anda juga boleh menggunakan minyak zaitun.

Leave a Comment