Macam Mana Nak Pilih Skincare Yang Betul Dan Sesuai Dengan Kulit Muka

Posted by pengurus 26/11/2018 0 Comment(s)

 

Hai korang... Berjumpa lagi di blog akak yang comel momel yang penuh dengan omelan akak yang banyak manfaat untuk korang. Semoga tips2 di blog akak mendapat tempat di hati korang ye.

 

Untuk entry kali ni, akak nak berkongsi tips bagaimana nak pilih skincare yang betul dan bersesuaian dengan kulit manja wajah ayu korang.

 

 


BAGAIMANA MEMILIH SKINCARE DENGAN BETUL?

Salah satu caranya ialah kenal jenis kulit dan wajah kita. Kegagalan mengenal kulit wajah menyebabkan ramai tersalah pilih skincare yang sesuai.


Risiko paling besar ialah kulit semakin rosak kerana salah pilih skincare yang sesuai, bukan skincare itu tak berkesan.


Apakah jenis-jenis kulit?


1. Kulit normal
2. Kulit berminyak
3. Kulit kering
4. Kulit kombinasi


++++++++++++++++


CIRI-CIRI KULIT NORMAL

- Tidak terlalu berminyak atau kering
- Liang roma yang hampir tidak kelihatan
- Tekstur kulit yang licin dan lembut
- Tona kulit yang sangat bagus
- Solekan lebih tahan lama


Mereka yang berusia, jarang mempunyai kulit normal. Faktor persekitaran dan hormon juga menyebabkan perubahan kulit normal kepada jenis kulit yang lain


Amalkan skincare yang menjaga kelembapan wajah.


++++++++++++++++


CIRI-CIRI KULIT BERMINYAK


- Liang pori yang besar
- Kulit sedikit berkilat(shining) terutama waktu tengahari terutama di bahagian T-Zone dan U-Zone
- Mudah terdedah kepada jerawat
- Blackheads dan whitehead terutama kawasan hidung dan dagu juga pipi
- Solekan tidak tahan lama
- Tona kulit yang tidak sekata
- Kulit sedikit kusam kerana lebihan minyak


Gunakan skincare yang boleh mengawal pengeluaran minyak di muka. 


Elakkan skincare anti aging kerana tekstur skincare lebih pekat dan susah meresap ke dalam kulit dengan baik kerana kulit berminyak.


++++++++++++++++


CIRI-CIRI KULIT KERING


- Liang pori yang hampir tidak kelihatan
- Bila menggunakan pencuci jenis gel,kulit akan merasa lebih ketat selepas pencucian
- Mudah kelihatan garis-garis halus
- Solekan boleh tahan lama
- Mudah rasa gatal,pedih dan kulit terluka sekiranya salah pemakaian produk


Gunakan skincare jenis susu atau cream. Elakkan pelembap yang mempunyai fungsi anti jerawat.Pelembap anti jerawat mengawal minyak dengan sangat baik tetapi untuk kulit kering, kulit menjadi semakin cepat kering

 


CIRI-CIRI KULIT KOMBINASI

 

- Terdapat dua jenis: sedikit berminyak atau sedikit kering pada bahagian T Zone
- Liang pori sedikit besar,namun lebih kecil berbanding jenis kulit berminyak.
- Kadang kadang ada masalah blackhead dan whitehead
- Sedikit berminyak di kawasan T-Zone
- Sedikit kering di kawasan pipi.
- Keluar garis-garis halus sekiranya tidak menggunakan skincare yang betul

Gunakan skincare yang mempunyai fungsi mengawal kelembapan air dalam kulit.


++++++++++++++++


Setelah tahu jenis kulit, barulah kita lihat masalah wajah yang kita ada.


Contohnya, kulit jenis kering dengan masalah jeragat. Jadi, kita kena pilih skincare yang boleh selesaikan masalah jeragat dan sesuai dengan kulit kering.


Tidak semua tekstur atau bahan atau fungsi skincare sesuai dengan jenis kulit.

 

 


Pilihlah dengan betul. Silakan klik share untuk berkongsi.


Jadi Dropship Skincare Yanalis?


Klik >> http://yanalis.com/blog/cara-jadi-dropship-yanalis-dan-jana-pendapatan

Leave a Comment