7 Makanan Ini Mampu Kurangkan Kolestrol Dalam Darah / Badan Anda

Posted by pengurus 21/12/2017 0 Comment(s)

7 Makanan Ini Mampu Kurangkan Kolestrol Dalam Darah / Badan Anda

 

7 Makanan Terbaik Kurangkan Kolestrol

 

Tahukah anda, kolesterol yang tinggi dalam darah atau disebut sebagai hiperkolesterolemia disebabkan oleh cara dan pengambilan makanan kita seharian, berat badan berlebihan, kurang melakukan aktiviti senaman, faktor usia, keturunan dan yang paling kebanyakkan orang suka buat, merokok.

 

 


Kolesterol merupakan bahan berlemak (lipid) yang merupakan sebahagian daripada membran luar sel dalam badan haiwan. Ia juga ditemui dalam edaran darah Manusia. Dua sumber utama kolesterol dalam darah diperoleh daripada pemakanan dan pengeluaran hati. Kolesterol pemakanan datang daripada daging, ayam, ikan dan produk tenusu. Selepas makan, kolesterol diserap oleh usus ke dalam peredaran darah dan diselaputi oleh protein. Kolesterol bersalut protein ni dipanggil “chylomicron”.

 

 

Hati mampu menyingkirkan kolesterol daripada peredaran darah dan juga menghasilkan kolesterol serta merembeskan kolesterol ke dalam peredaran darah. Selepas makan, hati mengeluarkan “chylomicron” daripada peredaran darah. Di antara waktu makan, hati menghasilkan dan merembeskan kolesterol kembali ke dalam peredaran darah.

 

 

Kolesterol tidak boleh larut dalam darah kecuali jika ia bergabung dengan protein khas yang dipanggil lipoprotein. Kolesterol yang dirembeskan oleh hati ke dalam darah boleh bergabung dengan lipoprotein ketumpatan amat rendah (VLDL) atau lipoprotein ketumpatan tinggi (HDL).

 

 

Kolesterol LDL yang terhasil daripada metabolisme kolesterol VLDL dalam aliran darah, dikenali sebagai kolesterol ‘jahat’ manakala kolesterol HDL dikenali sebagai kolesterol baik.

 

 

Untuk makluman anda, kolestrol juga penyebab utama serangan jantung!!

 

 

 

Seseorang individu terdedah kepada serangan jantung apabila dia mempunyai kolesterol LDL yang lebih tinggi daripada kolesterol HDL.

 

 

Lipoprotein LDL menyebabkan kolesterol melekat pada dinding arteri, menyebabkan pembentukan bahan keras dan tebal yang dipanggil plak kolesterol. Lama-kelamaan, plak kolesterol menyebabkan dinding arteri menebal dan saluran arteri semakin sempit, satu proses yang dipanggil “atherosclerosis”.

 

 

Arteri koronari membekalkan darah dan oksigen kepada otot jantung. Bila arteri koronari menyempit disebabkan “atherosclerosis”, ia tidak mampu membekalkan darah dan oksigen secukupnya kepada otot jantung. Kekurangan oksigen ke otot jantung menyebabkan dada sakit, juga ketulan darah dalam arteri yang menyebabkan saluran itu tersumbat dan membawa kepada kematian otot jantung (serangan jantung).

 

 

Zarah kolesterol HDL menghalang proses “atherosclerosis” dengan menarik kolesterol daripada dinding arteri dan menyingkirkannya melalui hati, untuk dibuang menerusi hempedu. Ia juga mengganggu pengumpulan kolesterol pada dinding arteri oleh zarah kolesterol LDL.

 


Kami kongsikan 7 jenis makanan yang mampu kurangkan kolestrol dalam darah atau tubuh badan kita. InshaAllah, dengan mengamalkan pemakanan ini, anda akan nampak perubahan dari masa ke semasa.

 

 

1. Kuaci

- kaya dengan kandungan zat besi
- amalkan makan kuaci jenis tawar seperti biji labu atau bunga matahari untuk menambah zat besi sambil mengurangkan kolesterol

 

 

2. Buah kering

- buah kurma kaya dengan serat dan kandungan flavanoid
- mampu menyingkirkan lebihan lemak LDL dan mengurangkan risiko penyakit jantung
- flavanoid juga terdapat dalam the, brokoli, tomato, bawang dan buah delima

 

 

3. Epal

- makan sebiji epal atau jusnya setiap hari dapat mengurangkan kolesterol dalam badan
- memakan makanan segera dan kemudiannya makan epal atau jusnya dapat mengimbangi kandungan zat dan mencegah pembentukan lemak

 

 

 

 4. Kacang tanah

- kacang tanah yang dipanggang mengandungi lemak sihat dan kaya vitamin E
- Vitamin E dapat membantu  menghalang radikal bebas daripada merosakkan kandungan HDL dan dapat mengelak daripada serangan jantung

 

 

 

5. Buah Mangga

- kaya vitamin C
- vitamin C berupaya mencegah LDL dalam badan
- selain buah mangga buah lain ialah belimbing, kedondong, betik, rambutan, strawberi dan kiwi

 

 

6. Kismis

- mengandungi sebatian yang mampu menurunkan kolesterol
- amalan diet 400 kalori kismis setiap hari boleh menrunkan kadar kolesterol dalam darah sebanyak 8 peratus

 

 

7. Jambu batu

- disyorkan makan buah jambu batu dalam jumlah 400 gram atau sebiji sehari selama empat minggu
- dapat menurunkan paras kolesterol sebanyak 18.8 peratus dan baik untuk wanita yang ingin menurunkan berat badan.

 

 

 

Tahukah anda, selain 7 jenis makanan diatas yang mampu membantu mengurangkan kolestrol dalam darah, anda juga perlukan makanan tambahan untuk kesihatan anda. 

 

Mat Saleh kata, supplement.  Banyak sebenarnya produk yang boleh membantu dalam masalah ini sampai pengguna sendiri tak tahu nak pilih yang mana. Jadi, untuk memudahkan anda, saya syorkan produk terbaik edaran Yanalis Enterprise, iaitu Zanjibayl Extract. Dengar nama pun dah hebat, apatah lagi kalau dah cuba, kan?

 

 

Produk ini membantu menstabilkan paras kolesterol dengan mudah, cepat dan selamat.

 

Zanjibayl Extract ini adalah semula jadi dan organik. Selain itu, Zanjibayl Extract merupakan mampu meningkatkan sistem pertahanan badan dan kecergasan badan. Zanjibayl Extract juga memberi pelbagai manfaat lain dalam memperbaiki taraf kesihatan pengamal.

 

 

Produk ini adalah bebas dari bahan kimia dan pengawet terlarang. Bahan utamanya adalah Pati Halia original yang diadun dengan beberapa bahan semula jadi yang lain untuk menjadikannya supplemen yang sihat untuk anda.

 

Sesuai untuk seisi keluarga selain sangat menjimatkan, sebab sebotol boleh tahan sehingga 2 bulan. Jimat ke tidak? 

 

Tonton video di bawah perkongsian / review dari pengguna Zanjibayl Extract yang kini mengamalkannya secara konsisten.

 

 

Jika anda mahu lihat lebih banyak testimonial pengguna? Boleh terus ke page Yanalis Signature Skincare Official. Apa tunggu lagi? Terus bertindak dan gunakan produk suplemen yang telah terbukti berkesan ini dengan izin Allah.

Call/Whatsapp: 60197603899 | Link WhatsApp

Atau Copy kemudian Paste di browser anda link wasap berikut:

www.wasap.my/60197603899/NakOrderZanjibayl

60197603899

Facebook: @YanalisOfficial

Website : http://yanalis.com/

Sumber Blog Di Olah Dari - http://agc-blog.agc.gov.my/agc-blog/?p=1278

Leave a Comment