(PETUA) 7 Cara Menghilangkan Bekas Jerawat

Posted by pengurus 05/01/2018 0 Comment(s)

Hai uolss... Sebelum ni sis ada share petua berkenaan Cara Menghilangkan / Mengecutkan Jerawat kat dalam blog sis ni. Untuk perkongsian kali ni, sis nak share pula cara atau petua untuk uolss gunakan bagi menghilangkan bekas jerawat.

 

Penting ke nak bagi hilang bekas jerawat ni? Mestilah penting uolls.. Kalau tak, muka nampak tompok-tompok dengan kesan hitam atau kemerahan bekas jerawat tu. Tak sweet la gitu.. Ye tak? Ini petua je tau. Uolls dinasihatkan sebaik ye dapatkan nasihat dari doktor dahulu sebab mereka lebih pakar.. Tapi jangan pulak uolss pergi cari pakar sakit tuan ke, pakar kanak-kanak ke.. Carilah pakar sakit kulit atau pakar kulit. ^_^


7 Petua Yang Membantu Proses Menghilangkan Bekas Jerawat 


Petua 1 : 


Kenal daun pegaga? Daun pegaga ni selain sedap dibuat ulaman untuk kesihatan diri, ianya juga berkhasiat untuk menghilangkan bekas jerawat tau. Ambil 20-30 helai daun pegaga kemudia dikisar dengan bedak sejuk dan air secukupnya. Sapukan adunan tersebut di tempat tanda hitam parut jerawat di muka uolss setiap hari atau setiap malam sebelum tidur. Campuran kisaran pegaga dan bedak sejuk tersebut boleh disimpan di dalam peti sejuk dengan memasukkannya ke dalam botol yang kering.

 

 

daun pegaga

 


Petua 2 :


Tumbuk beberapa batang kulit kayu manis dan jadikan serbuk. Campurkan dengan sedikit air. Sapukan pada bekas jerawat. Amalkan selama seminggu.

 

 


Petua 3 :


Ambil 10 helai daun sirih muda, bersihkan dan tumbuk lumat. Muka hendaklah dibersihkan dengan air hangat dan sapukan sirih pada muka terutama di bahagian bekas jerawat. Biarkan kira-kira setengah jam atau hingga kering. Cuci muka bersih-bersih dan lap kering. Amalkan 3 kali seminggu.

 

 


Petua 4 : 


Ambil sepotong ubi kayu. Kupas kulitnya. Buang kulitnya. Bersihkan. Parutkan. Perah untuk dapatkan airnya. Sapukan air perahan pada muka uolss yang ada bekas jerawat. Lakukan setiap hari selama seminggu. Insya-allah, kesannya memuaskan

 

 


Petua 5 :


Ambil sebiji timun, potong separuh atau suku. Selebihnya simpan untuk digunakan pada hari seterusnya.. Kisar timun tersebut dan tapis airnya. Tampalkan hampas timun pada wajah yang berparut. Biarkan setengah jam. Kemudian cuci dengan air hangat.

 

 


Petua 6 : 


Asah kulit kayu manis dan campurkan dengan madu lebah. Tempelkan pada muka yang berparut setiap malam. Esoknya, cucilah dengan air hangat.

 

 


Petua 7 :


Ambil sebatang daun lidah buaya (aloe vera). Kemudian perah daunnya sehingga keluar cairan jelly dan tidak ada cairan kuning yang tercampur dari kulit lidah buaya. Sapu gel lidah buaya tersebut di kawasan bekas jerawat sehari dua kali.. Setiap sesi uolss biarkan ianya meresap dalam tempoh 1-2 jam. Jangan lupa bersihkan muka ye lepas buat sesi rawatan ni.. Selamat Mencuba!

 

 

Semoga post kali ni bermanfaat untuk uolss.. Uolss kena cuba tau. Nanti bolehlah share feedback dengan sis kt ruangan komen ye.. Sis minta jasa baik uolss utk share kan post ni kat wall uolss ke, kat twitter uolss atau kat sedara mara. Ingat Yanalis, Ingat Si Cantik Manis... Kejelitaan Memukau..

 

Like Fb Page Sis Juga: www.facebook.com/yanalisofficial

 

Leave a Comment