(Wajib Cuba) 5 Petua Atasi Kulit Wajah Kusam & Pucat

Posted by pengurus 25/09/2018 0 Comment(s)

Pernah x bila korang pergi keluar jumpa kawan-kawan dieorang tegur, “ eh pucatnya muka kau. Kenapa kulit nampak kusam je? Tak cukup tidur ek? ”

 

 

Mesti lepas dapat soalan macam tu anda semua rasa macam risau dekat diri sendiri kan? Terus pergi cari cermin nak tengok betul ke muka nampak pucat. Punyal risau kan. Yelah muka ni la perkara first yang orang akan tengok. So, bila muka nampak pucat atau kusam terus buatkan kita rasa down & tak berkeyakinan.

 

Disebabkan itu, hakak akan share kan pada korang semua antara 5 Petua Atau Cara Untuk Atasi Kulit Wajah Korang Yang Kusam & Pucat tu.

 

1. JAGA WAJAH

 

Inilah asas paling utama yang semua orang wajib buat. Setiap malam, wajah perlu dibersihkan dengan sempurna sebelum tidur. Setiap pagi pula, jangan lupa pakai toner atau pelembab sebelum keluar rumah. Pilih produk kecantikan yang selamat dan 100% semulajadi seperti Set Skincare Yanalis hakak...

 

2. MINUM AIR MASAK YANG CUKUP

 

Kekurangan air (dehidrasi) bukan sahaja tidak baik untuk kesihatan malah tidak bagus untuk kulit dan boleh menyebabkan kulit kelihatan kusam. Oleh yang demikian, pastikan  kita minum  air masak yang mencukupi iaitu sekurang-kurangnya 8 gelas setiap hari.

 


3. DAPATKAN REHAT YANG MENCUKUPI

 

Elakkan berjaga malam dan banyak tidur di siang hari. Tidur awal dan dapatkan rehat yang mencukupi. Seimbangkan aktiviti harian kita di antara keperluan rohani dan jasmani. Jiwa yang tenang akan terpancar melalui wajah kita.
 

 

4. MANJAKAN & RAWAT WAJAH

 

Sesekali tidak salah untuk kita memanjakan kulit wajah dengan membuat facial di saloon atau di rumah. Gunakan bahan-bahan semulajadi seperti madu dan tomato. Kulit akan kelihatan lebih segar, sihat dan bermaya selepas dirawat. Boleh juga menggunakan masker yang dibuat menggunakan Vitamin.

 

5. AMALKAN PEMAKANAN SIHAT

 

Pemakanan yang sihat dan seimbang bukan hanya penting untuk kesihatan tetapi juga untuk kecantikan kulit. Makan secara sihat dan pastikan ianya mengandungi nutrisi yang lengkap untuk kesihatan kulit seperti Vitamin C, Vitamin A, Vitamin E dan protein. Pengambilan supplemen yang berkaitan juga amat membantu dalam mengembalikan semula keserian wajah dan menghilangkan kulit yang kusam.

 

Semoga bermanfaat untuk korang ye... ^_^

Leave a Comment