4 Penyebab Kulit Muka Bermasalah

Posted by pengurus 04/09/2018 0 Comment(s)

Apabila kulit wajah bermasalah, seringkali ia akan membuatkan diri kita gelisah dan risau serta hilang keyakinan untuk berhadapan dengan orang ramai. Kadang penat fikir apa punca terjadinya kulit bermasalah.

 

Gambar Sumber Google

 

Ada yang mengatakan ia adalah disebabkan oleh diri kita sendiri yang tidak menjaga kebersihan kulit dengan baik dan macam-macam lagi. Jadi, hari ni admin nak share kan antara 4 Perkara yang menjadi punca masalah kepada kulit wajah.

 

#1: PENGGUNAAN BERUS SOLEK YANG KOTOR

 

Khususnya buat wanita-wanita diluar sana yang tidak lari dengan makeup, semestinya akan menggunakan berus untuk tiap solekan diwajah. Jadi, pastikan berus yang hendak digunakan dibersihkan terlebih dahulu.

 

Sebab apa?

 

Sebab berus solek yang kotor boleh menyebabkan pembiakan bakteria dan liang pori-pori tersumbat. Jadi, jangan memandang enteng terhadap kebersihan berus olek yang hendak digunakan kerana berkemungkinan besar ia adalah salah satu perkara yang menyumbang kepada permasalahan kulit wajah anda.
 

 

#2: TANGAN KERAP MENYENTUH KULIT MUKA

 

Dalam sehari memang tak lari tabiat menyentuh kulit wajah ni. Tangan walaupun kita merasakan ia bersih namun pasti ada kuman. Jadi, apabila anda menyentuh kulit wajah, kuman tersebut secara tidak langsung akan berpindah pada kulit wajah seterusnya boleh mengakibatkan kerengsaan dan akhir sekali timbullah jerawat-jerawat kecil.
 

 

#3: PENGELUPASAN KULIT BERLEBIHAN

 

Pembersihan yang terlalu kuat atau kasar dan pengelupasan yang berlebihan boleh mengakibatkan penghasilan minyak yang berlebihan dan kesan yang lebih teruk adalah menyebabkan bakteria merebak. Untuk alternatif lain gunakan glycolic peel tiga kali seminggu.

 

Sebagai info tambahan, produk Yanalis Skincare dengan formulasi terbaru 2018 kini tiada lagi peeling (pengelupasan). Berita baik untuk uolss.. Klik Sini Untuk artikel Yanalis Skincare.
 

 

#4: PENGAMBILAN MAKANAN JENIS “JUNK FOOD”

 

Junk Food adalah makanan yang sanagt digemari oleh kanak-kanak mahupun kita yang sudah dewasa. Boleh dikatakan kesemua junk food mempunyai kandungan MSG yang tinggi di mana akan menyebabkan kandungan gula dalam darah meningkat lantas menghasilkan insulin yang banyak.

 

Insulin itu kemudiannya mengaktifkan kelenjar minyak yang menghasilkan hormon androgen, yang akan mengakibatkan penumbuhan jerawat.

 

Oleh itu, untuk mengelakkan kulit wajah bermasalah bolehlah anda elakkan kesemua perkara di atas. Dalam pada kita rasa ia nya benda yang boleh diambil ringan dan mengganggap perkara ini tidak penting sebenarnya ianya adalah salah satu penyumbang terbesar yang membuatkan kulit wajah kita bermasalah. Jadi, elak dulu sebelum terjadi. 

 

Sumber: EH!

Leave a Comment