25 Petua Terbaik Untuk Menjaga Kecantikan Wajah

Posted by pengurus 29/12/2017 3 Comment(s)

25 Petua Terbaik Untuk Menjaga Kecantikan Wajah Patut Anda Tahu!

 

 

Hai Uolsss... Kali ni ada sedikit perkongsian untuk uolss yang mementingkan penjagaan wajah uolss.. Harap bermanfaat okeh.. Silakan share kat wall FB atau grup2 whatsapp uols... ^_^

 


1. Menghilangkan Parut Jerawat
Mula-mula ambilkan sedikit madu dicampurkan dengan bedak sejuk. Insyaallah petua ini dapat menghilangkan jerawat yang kebanyakannya masalah ini dirasakan oleh setiap wanita. Juga boleh gunakan serum EGF Essence keluaran Yanalis. 

 


2. Menghilangkan Tahi Lalat
Caranya ialah ambil nenas dan limau purut yang telah dikisar, sapukan di tempat tumbuhnya tahi lalat tersebut. Lakukan 2 atau 3 kali sehari sehingga ia jatuh sendiri. Amalkannya selalu, Insyaallah akan mendapat hasilnya segera. Selamat mencuba!!

 

 


3. Bibir Merah Semulajadi
Petua ini sis selalu amalkan dan pesan pada kawan-kawan, memang berkesan.. Mudah saje, sapukan sedikit mentega atau majerin pada bibir anda sebelum tidur. Amalkan setiap hari.

 


4. Mel
ebatkan Bulu Kening

Pastinya setiap wanita inginkan bulu kening yang cantik dan tersusun tanpa dicukur. So, untuk menjadikan itu kenyataan, cara-caranya ialah ambik daun lidah buaya ramaskan hingga melekit dan sapukan dikening pada setiap malam.

 


5. Muka Licin Berseri
Ambil Yogurt Asli kemudian sapu pada keseluruhan bahagian muka. Buat seperti masker.. Biarkan beberapa minit hingga yogurt tersebut kering kemudian cuci muka dengan air bersih. Ulang setiap 3 kali seminggu uolls akan nampak hasilnya muka akan kelihatan licin, berseri, segar dan mengelakkan daripada kulit muka kering.

 

 


6. Petua Naikkan Seri Wajah/Muka 
Setiap kali sebelum uolss ingin mendapatkan kelapa untuk santannya, jangan dibuang air kelapa tersebut. Air kelapa tersebut boleh membantu menyerikan wajah uolss. Mula-mula ambil air kelapa itu dan sapukan ke muka uolss. Biarkan sampai kering. Selepas itu, barulah basuh muka anda. InsyaAllah wajah uolss akan berseri dan parut di muka akan beransur hilang. Amalkanlah selalu....

 

 

 

7. Tips Mengelak Daripada Lebam di Bawah Mata
Semasa kita menyapu krim atau foundation di muka, pada bahagian bawah mata sapukan krim atau foundation tu sambil mengurut guna jari manis sebanyak 3 kali dan baca selawat.

 


8. Nak Menghilangkan Lebam Bawah Mata
Sebelum mandi pagi, lapkan mata uols dengan air sejuk dari peti sejuk.. cuba lah.. ianya juga baik untuk menyegarkan mata.

 


9. Cara Melicinkan Wajah
Ambil sebiji buah tomato makan @ sapu pada muka pada waktu pagi dan malam. Muka akan menjadi licin dan halus. Selamat mencuba.

 

 


10. Petua Memerahkan Bibir Yang Hitam
Bibir yang hitam boleh kembali bertukar kepada warna merah. Caranya ambil 3 helai daun sirih, perah airnya yang berwarna merah kemudian sapu di bibir pada waktu malam. Amalkannya selalu dan insyaAllah apa yg uolss hajati ni akan menjadi.


11. Menghilangkan Lebam Serta Melembapkan Bibir
Untuk menghilangkan atau mengurangkan lebam bibir akibat kesan merokok, ambillah halia dan ditumbuk lumat sehingga mengeluarkan air dari halia tadi. Amalkan menyapu kebibir uolss setiap malam sebelum masuk tidur dan biarkan ianya kering sendiri. Untuk melembabkan bibir juga,uolss ambil madu kemudian sapukan pada bibir anda setiap malam. Selamat mencuba.

 

 


12. Macam Mana Cara Membentuk, Menghitamkan serta Melebatkan Bulu Kening
Caranya mudah saja. Ambil sebiji buah keras, bakar hingga hangus (hitam). Dengan menggunakan sebatang lidi yang bersih, gosok/asah pada buah keras tu. Kemudian sapukan pada kening dan bentuklah dengan sebaiknya. Lakukan beberapa hari. Seelok-eloknya sapukan pada kening anak yang baru lahir, Insya-Allah kening anak uolss akan tumbuh dan berbentuk dengan cepat dan cantik. Petua ini juga boleh diamalkan oleh sesiapa saja yang inginkan kening cantik dan hitam. Selamat mencuba.

 


13. Naikkan Seri Wajah dan Otak Bijak 
i) Seri Wajah: Ambil sedikit air dan selawat sebanyak tiga kali dan sapukan pada wajah lakukan pada
tiap-tiap pagi insya'Allah wajah akan kelihatan berseri-seri.
ii) Otak menjadi bijak: masukkan secubit garam dalam 1 gelas air dan minum pada setiap pagi
insyaallah mujarab.


14. Tips Mencantikkan Kulit Muka Berkesan

Untuk jadikan kulit muka yang cantik, mestilah rajin mencuci.

1. Sapu muka dengan telur -merah/putih biar hingga kering
2. Cuci muka dengan air suam dan sapukan limau nipis dan basuh sekali lagi kemudian lapkan dgn
tuala yg bersih.Lakukan sekali sehari insyaallah kulit muka anda tidak ditumbuhi jerawat dan
menegangkan kulit muka yang kendur.

 


15. Menyerikan Wajah
Ambil embun pagi dihujung rumput/daun (di kawasan yang tiada pencemaran) dan sapukan ditapak tangan. Kemudian sapukan di bahagian muka sambil berselawat dan biarkan hingga kering. Kemudian basuh muka anda. Amalkan selalu insyaAllah.

 


16. Menghilangkan Bintik Hitam (Blackhead) di Muka dan Jerawat 
Ambil kayu manis dan dicelup di dalam air lalu kikis di atas benda kesat seperti batu.. Sapukan kayu manis yang sudah dikikis di kawasan bintik- bintik hitam dan jerawat.. InsyaAllah jerawat dan bintik- bintik hitam akan beransur hilang... tapi uolss kena rajinlah mengamalkannya... Semoga anda berjaya dan selamat mencuba. Yaurnalis ada jual acne cream (krim jerawat jugak tau). Uolss survey la kat web sis ni okeh.. Pasti berkesan.

 


17. Petua Awet Muda
Bangun pagi dari tidur, minum air masak @ air kosong 3 gelas sebelum basuh muka @ gosok gigi. Selepas itu barulah bersiap untuk mandi. Amalkan selalu setiap pagi selepas bangun daripada tidur. Senang dan mudah. 

 


18. Muka Berseri
Semasa bangun pagi, sebelum air menyentuh mana2 anggota badan, gunakan jari telunjuk dan rautkan menggunakan air bermula dari bawah muka hingga ke dahi disertai dengan selawat. Buat sebanyak 3 kali. Amalkan setiap hari. Insya ALLAH, wajah uolss akan berseri2. Jangan rautkan dari atas ke bawah, sebab ia akan menjadikan wajah cepat kedut. Dan jangan tinggal solat serta baca Alquran dan berwirid.

 


19. Sentiasa Muda
Ramai wanita yang ingin nampak muda walaupun usia sudah mencecah sehingga 35 tahun ^_^. Petuanya mudah sahaja, apabila bangun dari tidur, (jangan gosok gigi dahulu) minum segelas air suam beserta dengan selawat. Insyaallah umur 35 tahun pun masih kelihatan muda.

 


20. Petua Nampak Muda
Untuk kelihatan sentiasa muda walaupun umur uolss telah meningkat dewasa, amalkanlah selalu makan ulam kampung. Ia banyak memberi khasiat pada tubuh badan kita. Dan uolss juga digalakkan supaya selalu tersenyum walaupun uolss sedang menghadapi banyak masalah. Senyum adalah satu sedekah. Selamat mencuba.

 


21. Kulit Sentiasa Tegang
Basuh muka dengan air. Ambil sebiji putih telor dan sapukan pada muka. Kemudian ambil kapas muka dan letakan pada muka tadi seperti memakai mask selepas itu sapu kembali putih telur tadi di atas kapas muka sehingga basah, biar sehingga sehingga kering Kapas yang melekap di muka akan menjadi seperti topeng muka apabila di buka nanti. Hasilnya kita akan dapat lihat pada topeng itu terdapat headwhite dan kotoran yang terdapat pada muka, amalkan sakali setiap minggu. Pasti wajah uolss tidak terdapat jerawat dan kulit akan putih dan lembut.


22. Lentikkan dan Lebatkan Bulu Mata dan Kening
Ingin kelihatan cantik? Gunakan Lendir pokok Lidah Buaya (Aloe Vera) dan sapukan pada bulu mata dan kening anda. Insyallah.. Jika lakukan berulang-kali pasti mendapat hasil terbaik.

 


23. Memutihkan Kulit Muka
Ambil sebatang timun batang diparut isi dalam nya dan campur bersama 1/2 biji limau nipis bersama bedak sejuk dipakai di muka tiap tiap malam insyaAllah kulit muka akan jadi putih dan jerawat pun hilang.

 

 

24. Menjadikan Mata Lebih Cantik

Kaedah tradisional seperti meletakkan timun atau uncang teh yang telah dipakai pada mata boleh membantu mata untuk berehat selain menjimatkan kos. Menyapukan ais di keliling mata juga antara kaedah yang dapat membantu melancarkan perjalanan darah.

 

 

25. Petua Menegangkan Kulit Dan Menghilangkan Jerawat

Rebus segenggam manjakani. Biar sampai menggelegak dan pekat. Lebih elok jika direbus dalam periuk tanah. Bila dah suam, sapu je ke muka. Bila dah kering, baru cuci.

 

p/s: Sis doakan semoga uolss yang singgah dan baca post kali ini, akan dapat wajah yang kekal bersih, cantik dan bahagia di samping insan yang tersayang.

3 Comment(s)

Nina aidan:
02/04/2018, 06:58:45 AM, http://Menulistupassion.blogspot.com
Reply

Ada tips tak for those yg terlalu malas nak jaga muka

farahalina:
12/04/2018, 10:55:30 PM

Saya recommend awak guna produk boostbalm ni. Saya dah guna almost 3 months and my face is getting better. Pori makin mengecil dan parut jerawat makin pudar. Boost balm ni boleh dijadikan primer gak

farahalina:
12/04/2018, 10:53:41 PM, http://www.boostbalm.com
Reply

For those yang tercari cari the best primers and acne treatment boleh cuba boost balm ni. Highly recommended. Saya dah guna boost balm ni almost 3 months. Alhamdulillah my skin getting better and pores makin mengecil. This product rich in soy stem cell which boosting collagen production and improving the texture of the skin and also bearberry extract (alpha arbutin) which helps to reduce uneven or dark spots

Kak Yan Yanalis:
22/09/2018, 05:00:53 AM

Tq dear atas suggestion... :-)

Norr:
06/08/2018, 12:36:26 AM, http://Naturstory.com
Reply

Bnyak sgat petua nk buat ni

Kak Yan Yanalis:
22/09/2018, 05:00:16 AM

Sebab hidup banyak pilihan.. Jadi bukan semua pilihan kita kena pilih kan? Macam tu juga dengan petua2 ni.. Tak semua petua kita sempat ikut. Ikut mana yang kita selesa.. betul kan? Btw, tenx singgah blog akak..

Leave a Comment