(TERBAIK) 10 Petua / Tips Tradisional Kecutkan Jerawat

Posted by pengurus 04/01/2018 0 Comment(s)

Nak Petua Kecutkan Jerawat?

 

Setuju atau tidak, masalah jerawat ni seringkali membuat hati menjadi risau. Lagi-lagi uolss yang bekerja sebagai frontliner atau bahagian sales yang kerap berjumpa dengan pelanggan. Kalau tak diusahakan untuk merawat dengan segera, pasti uolls akan makin lama makin kurang keyakinan diri. Sis yakin, uolss mesti dah banyak berikhtiar kan? Sis sokong sangat usaha uolls tu. Meh baca petua yang sis nak share kat bawah ni. Mana tahu mujarab untuk masalah uolls.. Oh ye, selain dari petua-petua kat bawah ni, uolss kena juga jaga pemakanan uolss..

 


Seriuss.. Air masak kena banyak minum. Makanan-makanan yang jadi punca jerawat ni, uolls kena ambil tahu. Kalau tak, apa petua uolss cuba sekali pun, memang susah nak menjadi tau. Ok girllss... Petua kat bawah ni sekadar perkongsian sahaja. Kalau nak ikut, just follow je la. Tak de paksaan ok. Kalau menjadi, Alhamdulillah.. Kalau x menjadi, uolls kena teruskan usaha tu ok.. Hubby sis pun selesa kalau ada jerawat-jerawat ni.. Apa lagi kita yang gugurlss ni kan.. Ahakss.. Upsss.

 


Petua-petua mengecutkan jerawat ni, uolls tak perlu follow semua. Ikut mana bahan yang ada kat rumah. Selain dapat jimat, bahan yang uolss gunakan lebih meyakinkan sebab uolss tahu kualiti bahan yang uolss gunakan tu.. Bebas kimia tau..

 

 

Petua Menghilangkan Atau Mengecutkan Jerawat

 


Petua 1 : 


Ambil sedikit bedak sejuk kemudian campurkan bedak sejuk tersebut dengan secubit garam dan air asam jawa. Selawat pada nabi 3 kali. Sapukan di muka dan di tempat jerawat. Insyaallah, jerawat akan beransur hilang. Boleh buat pada malam hari atau hari-hari yang uolls cuti.

 


Petua 2 : 


Asam jawa dan kunyit hidup ni bagus untuk kulit. Lagi-lagi kunyit. Tak silap sis, masyarakat india gemar gunakan kunyit untuk masalah kulit mereka. Ambil sedikit asam jawa dan beberapa inci kunyit hidup. Tumbuk kunyit itu dan campurkan dengan asam jawa dan sedikit air. Setelah campuran itu merata, sapu ratakan ke seluruh muka uolls . Biarkan kira-kira 20 minit . Kemudian ketika uolls mandi, basuhlah dengan bersih. Jika selalu diamalkan, muka uolls akan sukar ditumbuhi jerawat dan kulit menjadi lebih halus. InshaAllah.

 


Petua 3 :


Campurkan air limau nipis dengan satu senduk minyak masak. Sebelum tidur, sapukan campuran tadi ke seluruh muka uolls. Sekiranya uolls merasa pedih, itu hanyalah kesan yang sementara. Esoknya, ambil beberapa keping asam gelugur (asam keping) dan rendam dalam air panas. Setelah dingin atau hangat, basuhlah muka uolls dengan air tersebut. Ambil asam dan gosokkan ke seluruh muka anda. Kuatkan gosokan auolls pada tempat-tempat yang berparut. Biarkan beberapa minit, kemudian uolls basuh dengan air biasa. Insyaallah, muka uolls akan menjadi licin dan bersih.

 


Petua 4 :


Hilangkan jerawat dengan sebungkus daun teh (masih hijau). Didihkan kemudian lekatkan ke jerawat.

 


Petua 5 :

 
Bersihkan muka. Kemudian cuci dengan air kelapa tua. Biarkan ia kering sendiri. Bilas dengan air bersih. Lakukan 3 kali seminggu.

 


Petua 6 : 


Sapukan sedikit larutan tepung kanji bercampur air di sekeliling jerawat yang timbul. Insyaallah ia akan mematikan pertumbuhan jerawat.

 


Petua 7 :


Basuh muka dengan air basuhan beras. Setelah kering cuci dengan air bersih. Amalkan selalu.

 


Petua 8 : 


Campurkan putih telur ayam lampung bersama satu senduk tepung jagung dan minyak zaitun. Aduk rata dan kemudian sapukan ke seluruh muka. Biarkan sehingga kering dan kemudian bilas dengan air hangat. Ia bagus untuk kulit bermasalah dan membantu mengatasi jerawat. Amalkan 2 kali seminggu

 


Petua 9 : 


Sejukkan sedikit kanji nasi. Sapukan pada jerawat dan biarkan ia kering di muka. Cuci dengan air hangat. Amalkan setiap hari sehingga jerawat berkurangan.

 


Petua 10 : 


Kisarkan segenggam dua kacang hijau sehingga halus. Untuk mendapatkan tekstur yang halus dan gebu, kacang hijau yang dikisar itu perlu ditapis (guna penapis yang agak jarang). Serbuk kacang hijau ini digunakan dengan cara mencampurkannya dengan sedikit air dan kemudian sapukan ke seluruh bahagian muka sebelum mandi pada setiap hari. 

Ramuannya jangan terlalu pekat dan jangan terlalu cair. Sedang-sedang ajer. Biarkan sehingga kering barulah dicuci. Gunakan air suam sahaja untuk mencuci muka. Amalkan petua ini sekali setiap hari. Ia juga boleh digunakan untuk menghilangkan jerawat di badan (yang biasanya terjadi di bahagian belakang badan). Cara penggunaannya adalah sama dengan cara di atas kecuali anda memerlukan orang lain untuk menyapukanya!

Leave a Comment